Wednesday, April 2, 2014

s t u l a n g

Lepaskan stress.
Hilangkan serabut.


Nihhh, tajuk entry yang kau suggest dua tiga minggu lepas bertukar jadi 'curhat'. Dah dua tiga minggu jugak la entry ni terperam dalam draft. Rasanya sesuai sangat gambar ni dengan 'curhat' aku hari ni. Gambar yang menceritakan segalanya. Ya. Sama. Annoyed sangat rasanya.

Motif subjek dalam gambar ni : tak ada. Sama macam perangai dia yang kadang-kadang tak ada motif tapi berjaya buat aku rasa meluat. Fokus dalam gambar ni : tak ada. Entah fokus tang kerusi, tang lampu ke, tang orang-orang yang dok melepak, atau tang cat yang dah tertanggal pada tiang kelabu tu. Serupa la macam fokus aku yang tiba-tiba distract dengan kewujudan dia. Kucar-kacir. Serabut.. ha, serabut adalah perkataan yang tepat untuk menggambarkan hidup aku bila terwujudnya dia dalam fikiran aku. Rasa nak muntah sebab dah muak sangat!

Ketenangan aku mungkin akan tergugat lagi lepas ni. Tiada ketenangan, tiada life, tiada ketawa ikhlas. Semuanya akan bertukar fake. Kemesraan aku bukan benar-benar datang dari hati. tapi kerana terpaksa. Ini bukan sandiwara cinta baq kat hang. Ni namanya sandiwara 'aku konfius bila dekat dengannya. Aku rasa nak maki tapi tak sampai hati. Tidakkah kau mengerti?'

Blurr....

Stress...

Meluat...

Pendam...

Jahat...

Aku mesti siapkan kerja aku cepat-cepat supaya aku boleh jarakkan diri dari dia. Dengan harapan agar degupan jantung aku kembali normal, perjalanan darah aku kembali lancar. Aku nak jadi normal. Sangat.

Sekian curhat.

No comments:

diari nenek

kawan nenek