Thursday, December 2, 2010

Sahabat, Anda?

Dua tiga kali nenek taip, delete, taip, delete entry ni... Tak tahu sebenarnye nak mulakan ayat camne.. huhuu.. Ni la masalah nenek kalau nak post entry baru.. huhuu.. 
Sebenarnya nenek terasa nak buat topik pasal sahabat ni sebab nenek musykil samada nenek ni boleh jadi seorang sahabat yang baik ke tak.. Ni masalah nenek sebenarnye, tak ada kaitan dengan orang lain ok. Persoalan nenek adalah, perlu ke kita memilih sahabat? Maksudnya, bila kita mula-mula berkawan dengan seseorang, pastinya kita akan cuba cari keserasian dengan kawan baru kita. Dan tentunya kita akan cuba 'naik taraf' kawan kita tu kepada sahabat (pada pandangan nenek, 'sahabat' lebih dari sekadar kawan dan kawan baik)..  Jadi, jawapan nenek sendiri bg persoalan nenek sendiri adalah, YA kita perlu memilih sahabat. 
Banyak kriteria yang perlu di pertimbangkan untuk memilih sahabat. Kriteria2 ni pulak bergantung la pada cita rasa masing2, kan. Tapi pada nenek, tak kisah la kriteria tu camne pun. Yang penting nenek senang bersahabat dengan sahabat nenek tu.


Ok, mukadimah sangat panjang la pulak.. sori2.. Iklan jap...


- Sahabat sejati adalah insan yang sentiasa menyokong kita, memberi semangat, tak pernah mengeluh atau bermasam muka dengan setiap pertolongan yang diberikan, begitu juga sebaliknya. Andai kata kita merasa berat hati dan nampak tidak ikhlas dengan ape yang kita lakukan padanya, mungkin kita tak pernah anggap dia sebagai sahabat, tapi sekadar kawan biasa.
- There is no 'sorry' and 'thank you' in friendship.. betul ke? ermm...
- Sahabat takkan cari kita pada waktu susah sahaja. Kalau ada yang macam tu, bukan sahabat la tu..
- Nenek selalu nak cakap macam ni pada seseorang, "i'm not your dog. Call me when u are lonely, abandon me when u get bored." , "owh, mungkin kita ni cuma kawan biasa, jadi tolong la jgn terlalu bergantung dgn saya", "people always mistaken us as a good friend, but trust me, we are not 'that good' together.." dan akhir skali, "sy dah bosan..!!!"

Jadi kesimpulannya sekarang, nenek memang memilih untuk berkawan. Bukan masalah mereka kalau nenek kurang suka berkawan dan bersahabat dengan mereka, tapi percaya lah, ini masalah nenek. Bagi nenek, mempunyai seorang sahabat yang cukup memahami dan boleh nenek fahami lebih bermakna dari memiliki 1000 sahabat tapi akhirnya mereka semua hanyalah 'back stabber'..! Gunting dalam lipatan yang bertmbun adalah sangat-sangat berbahaya..

Sekian...

No comments:

diari nenek

kawan nenek