Tuesday, July 31, 2012

Cerita Bermusim...

Setiap tahun, bila masuk bulan puasa je mesti banyak yang mak cerita zaman kami adik beradik masa kecik, zaman mak ayah masa mula-mula kawin, zaman belum mampu beli tv & macam-macam cerita zaman tok kaduk tujuh keturunan. Mak memang aktif dan mainkan peranan sebagai tukang karut, tapi bukan cerita benda karut melainkan yang benar-benar belaka. Nenek, abang, kakak, adik-adik jadi tukang gelak dan tokok tambah sikit-sikit. Kadang-kadang tengah buka puasa, bila mak start buka cerita lama yang lucu, kitorang gelak sampai menangis. Bukan la lawak sangat pon, cuma rasa "Ya Rabbi, nape la masa kecik-kecik perangai aku macam tu.. Huhuu.."

Semua orang ada cerita sendiri, dari akak yang dah ada anak satu, sampailah ke adik bongsu yang baru darjah tiga. Ada je cerita yang mak nak ungkit-ungkit dijadikan cerita.

Walaupun ceritanya ulang tayang je setiap tahun, tapi kitorang tak bosan nak dengar. Cerita mak slalu ingatkan kami tentang betapa nakalnya kitorang masa kecik-kecik dolu. Maklumlah, budak kecik memang la nakal, kreatif sikit, baru la bijak.. Hehee..

Ayah pulak tukang iyakan je cerita mak. Sekali-sekala ayah cerita pasal hidup ayah masa muda-muda. Kalau dengar memang dapat bayangkan betapa susahnya ayah masa tu. Dapat bayangkan pun dah rasa susah, belum lagi nak menanggung susah ayah dulu. Ayah memang la tabah.. Lagi tabah bila besarkan kami adik beradik yang nakal ni. Dah biasa dah rasa libasan tali pinggang ayah, kena rendam dalam parit, kena kejar keliling rumah.. Kalau ingat balik, memang entah hape hape entah perangani masing-masing. Nasib baik sekarang semua dah jadi baik, sopan-sopan belaka. Kalau nakal sekali-sekala pun, ayah dah tak larat nak kejar keliling rumah lagi..

Pagi tadi, lepas sahur, mak ayah cerita lagi kisah dulu-dulu. Zaman harga ikan kering cuma $1.50 sebungkus, zaman kurma timbang baru berapa ringgit je sekilo, zaman orang jual ais letak serbuk papan.. Zaman sekarang dah tak jumpa semua tu.. Mamang la, sekarang dah zaman 'dihujung jari je'. Dulu zaman 'guna semua tangan dan kaki'.. Memang jauh beza..

Ada lagi lebih kurang 2minggu lagi puasa. Rasanya stok cerita mak ayah ada banyak lagi. Tunggu la maghrib nanti nak berbuka, mesti ada cerita lagi..

Tak boleh nak bayangkan macam mana keadaannya bila suatu hari nanti, dah tak ada siapa nak cerita balik kat kami kisah zaman kecik-kecik kami adik beradik, cerita mak ayah masa muda-muda.. Nenek belum bersedia. Biarlah bagi nenek rasa suasana yang sama tahun depan dan InsyaAllah untuk tahun-tahun akan datang.. Aminn...
Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget