Friday, January 18, 2013

"aku nak cerita"

"Buat phd kena seronok." kata TD (eng.) postgrad.

Haha.. cane ye nak seronok buat research? dok berfikir la masa beliau sampaikan taklimat biasiswa pagi tadi. setakat ni, seronok ke hidup aku buat kerja-kerja makmal ni? seronok ke stress? hah! dua-dua ada. tapi lebih banyak stress dari seronoknya. stress tak cukup bahan, stress alat rosak, stress kena Q nak guna alat, stress lab assistant cuti time kita tengah semangat nak buat kerja, stress sebab SV asyik dok kata "jangan lupa publish paper" dan paling stress bila orang tanya "cane progress?"..
Ok, bab yang stress tu kalau nak bagi list banyak lagi boleh taip ni ha. tapi bab yang seronok, maunya dua tiga malam nak fikir ni.

Masa taklimat tadi pun TD ada tekankan, nak grad on time (GOT) kena la banyak membaca. kena tahu teori-teori asas. satu sem sekurang-kurangnya boleh kumpul lebih dari 300 journal. buat review. buat research. try and error. tanya dan selalu contact dengan experts. setakat ni yang aku buat, kumpul journal,, simpan. pinjam buku,, simpan. baca journal,, lupa. nak writing kang kena korek lagi journal-journal yang dah baca tu, sebab memang la pelupa. maklum la, memori ni cuma dalam kb je. huhuu.. TD tambah lagi, "saya tak mahu guna 'listen listen listen..', tapi 'read read read and understand', InsyaAllah semua orang GOT."

Habis taklimat, gi makan dengan kawan-kawan baru yang baru kenal masa sama-sama datang interview biasiswa. course lain-lain, asal negeri lain-lain, usia pun lain-lain jugak. tapi aku bantai panggil diorang 'akak' jugak. bila tahu umur masing-masing tadi, malu jugak la kena perli dengan kawan sorang ni, "panggil semua orang 'akak', perasan muda!".. hahaa! eh, memang aku tak perasan pun tahun ni aku dah nak cecah usia 26. ingatkan baru  21. ^^

Sambil makan, kami siap buat 'post moterm' isi taklimat yang TD bagi tadi. masing-masing bersemangat bila aku cerita pasal conference, publish paper, impact factor bagai, siap boleh claim lagi. bila cerita pasal duit je, muka masing-masing bersinar-sinar. publish paper pun boleh buat duit. 0.1 dah boleh claim rm200, kalau IF sampai 10? ha, kira la sendiri berapa kita dapat. masyuk tu. mungkin, itu je la yang seronok buat research ni. lagi, kalau dapat join attachment kat luar ke, GOP ke.. seronok seronok...

"Kita kena buat sesuatu ni." kata sorang kawan ni, yang aku panggil dia akak selama ni, rupa-rupanya aku la 'akak'. hahaa!

Aku pun, dah dia berkobar-kobar lain macam je, mintak la diri nak masuk lab sebab dari pagi belum jejak kaki ke lab. entah prof cari ke tidak. ingat nak bersemangat la jugak macam dua orang kawan tadi.
Tapi... ada tapinya tu,, tapi aku baru je nak angkat kaki, kawan tu kata

"daripada masuk lab, baik balik rumah je. dah pukul doblas lebih ni."

erkk..rupa-rupanya ini la 'sesuatu' yang kawan tu maksudkan. aku, dengan hati yang mudah di pengaruhi oleh anasir-anasir luar ni pun, apa lagi. bukan setakat berbelah bahagi lagi dah, dah sebulat suara antara hati, nafsu, jantung & otak yang suka berjimba ni, bersetuju je dengan kata-kata tak bermotivasi kawan tu.
siap offer diorang, "kalau nak berjimba weekend ni, calling2 la ye."

Dan sekarang, lepas je aku klik button [publish] kat atas nuuu, aku nak balik rumah akak. berjimba dengan akak dan anak sedara weekend ni. conform! bab "kita perlu lakukan sesuatu" tu, next week la fikir dengan kawan-kawan tadi. seronok.

Hah! tiba-tiba aku rasa hampeh.

No comments:

diari nenek

kawan nenek