Thursday, January 17, 2013

pinjam

Aaron Dollah a.k.a wak dol!


kucing hitam berbulu lebat yang kami pinjam seminggu dari nenda, sebagai pengubat rindu boboi yang dah tak mau pulang ke pangkuan.. bulu cantik, warna hitam lebat dan licin. kuat makan, kuat main dan yang paling kuat sekali,,,, kuat kencing sepah-sepah. habis la hancing satu rumah dek kencing wak dol..

Baru ajak duduk seminggu dekat rumah, dah tak mau balik kampung, tak mau kawan lagi dengan mak kucing and the gang. menyombong je.. mentang-mentang la dia sorang je yang pernah merasa jalan-jalan naik kereta.. huhuu... macam-macam la species kucing ni..

Kesian tengok muka wak dol time kena tinggal hari tu. macam tau2 je dia nak kena tinggal. asyik dok pandang dekat kereta. mungkin dia tak puas jalan-jalan naik kereta. kami pun dok bincang-bincang dengan mak dan adik-adik lain.., apa nak buat dengan wak dol ni. nak bawak balik lagi ke, nak tinggal saja? ayah yang masa tu terdengar perbincangan serius kami-kami akhirnya menggunakan kuasa veto beliau. 

"Wak dol ni 'kemproh'. satu rumah dah macam toilet dia. tinggal je sini. bila-bila nak main dengan wak dol balik kampung."

Lalu, wak dol pun secara rasminya menjadi penghuni tetap, kampung parit kassim.


Jumpa lagi Aaron Dolah!


Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget