Thursday, January 10, 2013

Serba serbi

1) Tahniah Piha!!! akhirnya berjilid jugak thesis kau.


 Senyum tu sampai ke telinga bila dapat peluk thesis sendiri. memang seronok. penat lelah bertahun-tahun buat research akhirnya menampakkan hasil. aku cemburu tengok thesis kau. aku cemburu tengok isi dalam thesis kau. aku cemburu tengok kau rajin buat eksperimen, patri-patri power supply sendiri, buat eksperimen sorang-sorang, takde senior nak di rujuk. aku cemburu tengok kau pandai berdikari untuk siapkan kerja-kerja kau walaupun banyak sangat cabaran dan dugaan yang terpaksa tempuh. kau memang kuat dan tabah Piha. kalau aku, mungkin la aku tak mampu nak bertahan.

Tahniah. dan tahniah jugak sebab bakal jadi ustazah.. hehee.. walaupun ganti je, tapi ini mungkin permulaan jalan baru untuk kau. suasana baru, pengalaman baru, kehidupan yang pastinya baru-baru belaka. oh ye, dan selamat memandu kereta baru. ^^

Aku tahu patutnya aku happy bila kau dapat kerja tu. nak lagi dekat je dengan rumah. satu sekolah pulak tu dengan emak sendiri. kalau aku, aku pun tak nak lepaskan peluang macam tu. tapi tak tahu lah kenapa aku tak berapa nak gembira bila dengar berita tu. tapi sebab kau senyum je bila bagitau aku pasal kerja baru kau tu, takkan tiba-tiba aku nak nangis plak kan? sobsobb... 

Sori sangat Piha, aku memang betul-betul sedih sekarang. sama macam sedih aku bila berpisah sekejap dengan Aishah masa matrik dulu. selain dia, aku rasa kau je yang boleh terima perangai sebenar aku. aku marah, aku buat muka, aku buat lawak, aku buli kau buli balik, aku merajuk. semua tu cuma korang berdua je la kawan aku yang boleh terima. jangan simpan dalam hati ye. aku macam tu sebab aku dah terlalu selesa dengan kau. boleh la nak kata, kau sebahagian dari aku jugak. betul, ikhlas..

Aisehh, air mata ni deras sgt. menaip dalam lab pulak tu. segan skandel nampak. sobsobb...



Semoga berjaya Piha! semoga berjaya dunia akhirat. kalau nak jadi ustazah, jangan niat sebab nak jumpa 'ustaz Hamzah' pulak. niat sebab nak mengajar ilmu yang bermanfaat dekat pelajar-pelajar kau. ade jodoh, jumpa la kau dengan 'ustaz Hamzah' tu.. hehee...



Dan, TQ abadikan nama aku dalam thesis kau! sampai ke anak cucu la kau ungkit pasal aku nanti. hahaa!!!


2) Farewell dengan bekas kawan-kawan kedai segi empat merah jambu. 


Part ni tak sedih sangat sebab semua orang 'gila-gila'.. pasti rindu saat-saat 'manis' kita blend ais, masak bubble, buat red tea, milk tea dan segala macam tea yang ada. dan lagi, aku dah pandai buat cincau sendiri. hehee..

Apa yang buat aku cepat mesra dengan korang, harus la sbb kita tak terlalu formal. first day lagi dah 'aku kau' je dengan semua orang. terasa la diri ni muda. ^^

Jumpa lagi korang di fb. terima kasih atas tunjuk ajar mem'blend' ais. paling seronok, dapat cipta resepi sendiri bila encik boss takde.. hahaa.. korang ye yang ajar aku!
tq Ayu, Ana, Matul, Iqa, Ain, Nad (sori aku slalu buli kau), Intan, Anis & Fiqa (protege aku yang kuat melatah bila kena sakat dengan Ayu)..

Kedai segi empat merah jambu, tempat kerja paling happening pernah aku jumpa. pengalaman....



Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget