Thursday, May 27, 2010

kalori? berapa kilo? uishh..berlori-lori...

Setelah sekian lama aku cuba diet, bersenam, jogging tapi berat tak jugak turun. semakin naik ade la.. kenapakah..?? dan semalam barulah aku tersedar yg cara aku berdiet selama  ni salah.. tak pe, masih belum terlambat nak perbaiki semua ni.

Dah lama dah sebenarnye aku terfikir ape sebenarnya kalori tu & kenapa org2 yg berdiet ni suka sgt kira jumlah kalori dlm makanan. dulu aku malas nak search psl benda2 ni, tp hari ni tiba2 'ter'rajin plak. so nak dipendekkan cerita, kalori adalah unit yang digunakan untuk mengukur tenaga (energy) dalam makanan. setiap org perlukan jumlah kalori yg berlainan. bagi lelaki dewasa jumlah kalori dalam sehari antara 2000- 2500 manakala wanita dewasa antara 1600-2000 kalori sehari. sekiranya kalori (tenaga) yg kita dapat dr makanan  ni tak digunakan (berlebihan), ia akan ditukarkan dalam bentuk lemak & disimpan terus dalam badan ( sumber ). menurut sumber, 8000 kalori = 1 kg berat badan kita. maknanya kalori aku 56 X 8000 = ??? eh, tp kan dalam badan kita ade tulang, organ dll. jd tak logik la kan kalori aku banyak mcm tu (ayat nak sedapkan hati).. 

Bayangkan kalau setiap hari jumlah kalori yg kita ambil tu berlebihan, berapa banyak lemak yg 'berjaya' kita kumpul? uishh... boleh jd penternak lemak berjaya ni (merujuk kpd diri sendiri).. huhuu... so mulai sekarang, aku dan semua org kenalah bijak memilih makanan. kira kandungan kalori dulu sblm makan.. hehee...

No comments:

diari nenek

kawan nenek