Tuesday, October 26, 2010

Nyawa.., dua Singgit...?!

Sabar-sabar... sabar ye semua.. bukan nenek nak permainkan nilai nyawa kita, tapi nenek rasa tak puas hati & marah dengan manusia-manusia yang tak tahu nak menghargai nyawa sendiri.. Baca dulu jap ye kat sini..

Ermm... sebab terlalu tertekan, seseorang tu suka buat benda-benda yang tak masuk akal.. Suka nak guna jalan pintas. Dan akhirnya, nak menyesal pun tak guna sebab nyawa dah terpisah dari badan.. Ape boleh buat kan kalau fikiran dah terlampau cetek.. Kepada yang masih bernyawa dan masih memiliki akal yang waras, berfikirlah guna akal. Jangan jadi macam haiwan yang ada otak tapi tak boleh menggunakan akal. Kepada mereka-mereka yang terlibat (telah pun membunuh diri masing-masing), RIP..

Committing suicide is not the only way to settle problems ok...?

Jadi kesimpulannya bagi kita yang masih hidup ni, tolong la peduli dengan keadaan sekeliling.. Kalau anda tak ada banyak masalah yang perlu difikirkan, lihat la insan-insan yang dekat dengan anda. Kalau nampak mereka macam ada masalah, ringankan mulut bertanya. Sharing is caring, right? Walaupun tak mampu nak tolong dari segi material, jadi pendengar untuk setiap masalah dorang pun dah cukup.. Dan sebaliknya, kalau anda yang bermasalah, carilah seseorang untuk luahkan apa yang terpendam. Jangan pendam sorang-sorang.. Shared grief is half the sorrow..  kan..?
Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget