Monday, October 25, 2010

Fikir dan JADI....?

Assalamualaikum.... hai semua (cehh, macam la ramai orang yang bace blog nenek ni... hehee..)

Nenek baru je sampai lab, straight keluar rumah dari BP pagi tadi.. Macam biasa la kan, hari Isnin memang waktu untuk bermalas-malasan... huhuuu... Tak terasa cuti dari hari Jumaat sebab dah selalu sangat balik rumah, jadi tak dapat nak menikmati cuti tu dengan sebaik mungkin.. mane taknye, hari Jumaat nanti kompom balik rumah lagi.. =D

Tapi minggu lepas nenek bukan saje2 balik. Ade test la a.k.a ujian personaliti untuk jawatan guru/pensyarah mara pada hari sabtu lepas.. Biasa la kan ujian personaliti ni.. Jawab YA / TIDAK je.. Secara tak langsung bila jawab soalan macam ni, tiba-tiba diri ni rasa hipokrit sangat.. Jawapan baik je memanjang.. huhuu...

Ok, tapi ini bukan topik yang nenek nak cerita.. Tapi ade sesuatu yang nenek nak kongsi.. Nenek tak tau la ni suratan atau kebetulan.. ececehh...

Ceritanya begini.. Pernah tak kita mengalami sesuatu yang bila kita terfikir pasal benda tu, tak lama lepas tu benda yang kita fikir tu betul2 terjadi.. pernahkan..? mesti pernah punya.. sebab nenek pun sedang alaminya, even sekarang ni..

Cerita pertama, hari sabtu, waktu nenek nak gi jawab ujian personaliti kat Melaka. Dipendekkan cerita, nenek gi sane dengan family nenek. Ayah nenek yang drive, nenek tukang baca sign board sebab tempat yang nak di tuju ni kitorang tak pernah pergi, Institut Kemahiran Mara, Jasin. Carik punye carik, siap sesat-sesat lagi akhirnya kitorang pun sampai la ke IKM tu.. Seperti yang semua sedia maklum, jalan kat melaka memang la tak besar mane. signboard pun ala-ala segan gitu. Jalan nak masuk ke IKM tu pun sempit, betul-betul kat simpang. Jadi bila nenek terpandang keadaan macam tu, nenek terfikir "bahaya betul jalan raya macam ni.. senang-senang je nak accident.."  Jadi habis je exam pukul 10.30am, kitorang pun gerak nak balik. Ngam-ngam, keluar je simpang tadi, ada motor terlanggar kereta.. tapi nenek tak sempat nak join tengok sama sebab tinggal serpihan kaca dengan darah je.. Terkilan tak dapat tengok accident? tak la.. Nasib baik tak nampak, kalau tak mesti dah lemah lutut.. Nenek cuma terkilan sebab bukan niat nenek nak mendoakan berlaku accident kat simpang tu. Nenek cuma terfikir je.. tu pun fikir gitu-gitu je.. tak sangka jadi betul.. harap-harap mangsa 'keadaan' tu tak apa-apa..

Cerita kedua, semalam hari ahad.. Tengah duduk-duduk melangho dekat rumah, tiba-tiba abang nenek tergesa-gesa keluar rumah.. Tak sempat nak tanye, beliau dah hilang dengan sekelip mata.. Ntah gi mana, siap bawak adik-adik lagi.. Tapi dalam hati nenek "kalau keluar gi beli aiskrim sedap gak ni.. Dah la cuaca panas.." Tak lama lepas tu, abang pun balik. tapi berlenggang je sebab beg plastik semua adik nenek yang jinjing... "kak iza, mari-mari.. abang ngah belanja ais krim..!" kata adik nenek tu..

Cehh, keluar rumah kelam-kabut sebab nak beli ais krim je... tapi takpe, rezeki... nyum nyum...

Cerita ketiga, pagi tadi, Isnin. Masa tu nenek tengah tunggu kawan nenek kat bus stop. Sambil-sambil tu berangan.. "Keje nanti aku nak beli kereta Swift kale biru la.. Macam comel.. hehee..." tup-tup ada kereta swift biru berenti depan bus stop tu ambil kawan dia. Abang driver tu sempat jeling keluar, senyum.. heheee... kompom COMEL (both...!d' blue swift car and d' Mr. driver..!..hahahaa...)

Ade banyak lagi yang nenek fikir dan terjadi sebenarnya tapi nenek malas a nak taip banyak-banyak.. Nanti anda-anda bosan pulak nak baca.. 

Ok, last story, berlaku pagi ni jugak.. Nenek fikir sambil berdoa seikhlasnya.. "harap-harap bila masuk lab nanti SV tak ada...kalau ada susah la pulak nak menjawab alasan-alasan ponteng hari jumaat..aisehh.."

Bukak je pintu lab... "Hahh, selamat ngko.. Prof baru je keluar tadi.." kata kak ruz a.k.a lab assistant..

Fuhh... selamat.......

Sekian...

No comments:

diari nenek

kawan nenek