Tuesday, October 5, 2010

zaman berubah................?

Orang perempuan belajar tinggi-tinggi pun, nanti akhirnya ke dapur jugak...

Haa.. selalu kan kita dengar dialog camni.. Biasanye orang-orang tua je yang kata gitu.. Nenek tak tau la ape maksud tersiratnye. Tapi kalau ikut makna yang 'direct to the point', memang betul la kan.. terutama sekali bagi perempuan yang dah berkahwin. Tinggi melangit mana pun belajar, besar jawatan mana pun disandang, tetap kena masuk dapur, masak untuk family.. Takkan semua nak harap kat orang gaji..?

Tapi nenek tersangat la hairan, kenapa orang-orang tua suka bangkitkan isu 'belajar tinggi-tinggi' dengan 'dapur' ni.. Perempuan tu layaknya duduk kat dapur saje ke..? duduk tempat lain, tak boleh? huhuuu... Sekarang ni pun orang sibuk BELAJAR TINGGI-TINGGI UNTUK DUDUK KAT DAPUR.. Yela kan, nak jadi Chef yang hebat, berilmu & mantop kena la belajar tinggi-tinggi.. Tak gitu..?

Jadi lepas ni wahai makcik-makcik sekalian, tak payah la timbulkan isu berbangkit ni kalau ada anak-anak sedara perempuan yang teringin nak sambung belajar.. Biarkan.. belajar tu kan ibadah.. Belajar la sampai ke negeri China.. kan kan..?

Dan lagi, tak payah risau dengan teori 'Perempuan belajar tinggi, gaji besar... BERAT JODOH...!' Semua manusia yang lahir di muka bumi ni dah ditentukan jodohnya.. Cuma cepat atau lambat je bertemu jodoh tu.. Kalau jumpa cepat, nikah cepat. Kalau jumpa lambat, SABAR.. Banyak lagi benda yang perlu kita fikirkan selain dari masalah bertemu jodoh ni..

Conclusion >> Perjalanan hidup setiap orang berbeza. Kejayaan yang kita kecapi pun berbeza. Setiap keputusan, ada risikonya. Kalau takut menanggung risiko, tak payah buat keputusan. Jadi je batu kat tepi jalan!
Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget