Tuesday, August 24, 2010

pedihnya sakaratul maut..

Nenek nak kongsikan bersama...


Posted by Hafizuddin on August 25, 2009 at 1:33pm


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda katanya, "Apabila telah tiba hari kiamat kelak maka diperintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan sangkakala sebanyak 3 kali. Tiupan pertama sebagai peringatan, tiupan kedua untuk mematikan semua makhluk yang ada dimuka bumi ini dan tiupan ketiga untuk menghidupkan kembali semua umat, bermula dari umat Nabi Adam hinggalah kepada umat Nabi Muhammad. Setelah semua mati maka tinggallah Malaikat Jibrail a.s., Mikail a.a., Israfil a.a., dan Hamalatul Arsy.

Allah lalu memerintahkan Malaikat Maut (Izrail a.a.) mencabut semua nyawa malaikatnya. Maka Allah bertanya, "Wahai Izrail! Siapa yang masih tinggal?" Jawab Izral, "Engkau ya Allah, zat yang Maha Hidup dan tidak akan mati untuk selama-lamanya yang tinggal hanyalah aku seorang hamba yang lemah dan tidak berdaya". Lalu Allah berfirman, "wahai Izrail! Tidakkah engkau tahu, setiap yang bernyawa itu akan merasai mati, Aku jadikan engkau untuk melaksanakan tugasmu dan kau juga harus mati".

Maka pergilah Izrail kesuatu tempat diantara syurga dan neraka (menurut sebahagian riwayat) untuk mencabut nyawanya sendiri. Apabila rohnya dicabut maka terjerit terlolonglah Malaikat Izrail seperti orang gila yang tidak keruan. Andaikata masih ada makhluk Allah dimuka bumi waktu itu nescaya akan mati semuanya kerana mendengar jeritan yang amat dahsyat. Berkata Malaikat Izrail a.a., "Kalaulah begini kesakitannya semasa mencabut nyawa, sudah tentu ketika mencabut roh orang-orang mukmin aku akan cabut dengan cara yang paling lembut sekali".
Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget