Monday, January 10, 2011

AJL 25

Topik hangat hari ni pasal AJL25 yang baru je lepas.. Nenek tak pasti la macam mane penerimaan orang ramai dengan keputusan malam tadi.. nenek memang tak sangka & terkejut yang amat.. Hebat jugak Tolong Ingatkan Aku tu.. cayalah...! Lagu-lagu yang nenek target menang, tak naik pulak..huhuu... 

Keseluruhan persembahan memang mantap.. nenek suka sangat persembahan Hafiz lagi-lagi part yang kena tembak tu.. nampak real la.. Yuna pun best jugak.. & nenek rase vokal paling mantap malam tu adalah Ziana Zain.. Walaupun beliau tak masuk bertanding, tapi persembahan mantap gila.. best2... Cuma nenek rase sedikit terkilan sebab suara Dato' Siti macam semput sket malam tadi.. Banyak sgt menari kot.. yang lain-lain tu, OK la.. menghiburkan..

Gabungan pengacara pun hebat. Mereka memang berpengalaman & nampak serasi.. Cuma........ subjek 'gaduh-gaduh' antara FBI dengan Ally tu nampak macam dah basi la.. Isu yang sama macam tahun lepas.. Kadang-kadang nampak sangat macam berlakon.. hmmm.. tahun depan kalau sempat buat AJL ni lagi, harapnye boleh la tukar topik ye.. Isu 'tinggi' 'rendah' 'terang' 'gelap' ni kami sebagai penonton dah biasa sangat dengar.. 

Apepon, 1 Malaysia dah tau keputusan rasmi AJL tahun ni.. kalah menang adat bertanding.. & yang pastinya pentas AJL ni mempertaruhakan lagu, bukannya penyanyi.. Terimalah keputusan dengan hati yang terbuka.. ececehh...
Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget