Tuesday, October 9, 2012

U are 25 dear!

[Warkah buat BFF]

Assalamualaikum. Kehadapan BFFku, semoga hari ini BFF happy macam selalu. BFFmu ini jauh di JB, BFFku pulak jauh diBP (mcm jauh sgt la kn).. nampaknya sambutan ulang tahun BFF kali ini, kita sama2 sambut jarak jauh ajelah ye..

Pejam celik, pejam celik, sebenarnya dah hampir 10 tahun kita berBFF, sejak kita sama2 umur 16 tahun. Sekejap betul masa berlalu. Rasanye macam baru semalam aku tegur kau dalam kelas masa first day kita masuk tingkatan 4. Ayat first aku, "meja sebelah kau ni kosong kan? aku duduk sini la ye." Kau pun dengan muka blurr bagi je aku duduk sebelah kau. Maklumlah, tempat duduk aku mula-mula berhimpit 3 orang dengan  Am dan Goku. Lagipun aku kesian tengok kau duduk sorang2. hahaa!

Sejak hari tu, bermula la episod BFF kita. Sorry BFF, first impression aku pada kau memang negatif. Mula2 aku ingat kau ni skema & poyo sikit. Ye la kan, kau kan pemegang takhta Setiausaha kelas sejak form 1 lagi. Baju pun kemas je. Dari form 1 sampai form 5 asyik dok kelas Z je. Harus la aku fikir kau ni skema. Tak macam aku yang asyik naik turun kelas T & Z.. huhuu... Tak sangka pulak perangai kita serupa. Cuma aku ni behave sikit, kau behave sangat. Ye la kan, budak skema. Hahaha! (jangan marah BFF, ni pengakuan jujur dari BFFmu..)

BFF,
Aku rindu la zaman belajar dulu, zaman kita sama2 kejar impian, compete sesama sendiri. Masa sekolah, aku selalu emo kalau markah aku rendah dari kau. huhuu.. Childish sgt. Sori! Lepas SPM, terpisah setahun sebab masing2 pilih kolej matrikulasi yang berbeza. Sedih time tu. Rasa macam kena tinggal pakwe. Masing2 jiwa kacau. Nasib baik la kita dapat harungi waktu kritikal tu dengan tabah. Habis matrik, kita sama2 apply UPU, dari pilihan 1 sampai la pilihan 8 semua nak sama. Dah rasa fobia kena harungi hidup sensorang macam kat matrik. And miracle happened. Kita terpilih sambung course yang sama di uni yang sama. Mana taknye, result matrik pon lebih kureng je. hehee... Masa degree, kita compete lagi. Waktu tu, aku cuma ada kau, kau cuma ada aku. Persetankan orang lain. Akibatnya, banyak la update yang kita tak tau. hehee... 3 tahun, sekejap je kita dah grad. Konvo sama2. Naik pentas sama2. Dan tahniah sebab final sem kau dapat dekan.. (aku tak.. sobsob.. betul kata Dr Jasman, 0.1 tu membezakan A dengan B. Padan muka aku.. huhuu)

Sekarang, 
Kau hampir berjaya dengan sarjana. Kau bakal pendidik. Aku baru nak bermula sekali lagi. Aku pun bakal pendidik. Suatu hari nanti, kita sama2 mendidik anak bangsa. Bidang yang kita pilih ni tak jauh beza kan? Betul apa org kata, "kawan akan mempengaruhi kita. Sama ada kita menjadi seperti mereka, atau mereka menjadi seperti kita.."
Sekarang, kita lebih jelas dengan apa yang kita mahukan untuk masa depan. Masing-masing mulakan langkah dan bawa haluan. BFF tak semestinya kita perlu bersama sampai bila2. Cukuplah selagi kau masih ingat aku sbg BFFmu dan aku akan tetap sayangkan kau sbg BFFku. Impian aku, semoga kita sama2 berjaya mengejar impian kita dan andai suatu hari nanti kita masing2 dah berkeluarga, aku harap kita dapat 'turunkan' persahabatan kita ini pada anak2 kita. hahaa!

Aisha,
Selamat ulang tahun ke 25. Semoga pengajian kau berjalan lancar, dimurahkan rezeki yang halal, berbahagia bersama orang2 tersayang, jodoh berkekalan dengan bakal suami tercinta.. Maaf, kali ni juga tak dapat nak sediakan kek yang visible. hehee.. One fine day, kita celebrate birthday kau, aku & pape saje lah  special day anniversary kita. InsyaAllah..

HAPPY BIRTHDAY SHA!

makan sama

ko-q sama

gi jusco sama

kelas sama

buang masa sama

lab sama

bisnes sama


Friendship isn’t a big thing – it’s a million little things.

>>aku tak tau nape aku sebak tulis entry ni utk kau. Mungkin sebab dah banyak hal yang kita lalui sama2. 10 tahun bukan tempoh yang sekejap... sobsob...

Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget