Wednesday, October 31, 2012

dua tiga



Semua orang (mungkin) ada nombor bertuah. bertuah ke, kesukaan ke, tak kisah la mana-mana. pun boleh. 23 pada nenek sangat unik. 23 selalu di kaitkan dalam banyak perkara. dalam bidang numerology, astronomy, biologi, matematik, muzik, waima sejarah-sejarah dulu pun dikaitkan dengan tarikh 23 atau mana-mana nombor yang hasil tambahnya =23. kepercayaan illuminati pun dikaitkan dengan nombor ni. Semakin banyak baca pasal 23 ni, semakin nenek rasa celaru.

Dalam salah satu artikel ada menyebut "when you start looking something you tend to find it." memang betul la tu. tengok jam, nampak 23. kat traffic light nampak 23. tengok nombor plat kete orang lain, 23. siap kira & tambah semua nombor jadi 23. even tweet timeline pun selalu dah masuk 23 tweets baru la teringat nak baca.  mungkin sebab terlalu fikir nombor ni. huhuu.. rase macam misteri nusantara pulak.tapi macam seorang teman kata,

"cuba fikir pasal nombor lain pulak, mesti kau akan selalu jumpa jugak." ya, dan percubaan itu berjaya. bermula dua minggu lepas, nenek cuba fikir tentang nombor 12 (kenapa? tak ada sebab. trial je kan..). dan-dan selalu la sangat jumpa nombor tu dekat mana-mana. single number 12 or sum number equal to 12. hah, maknenye tak ada la misteri dan berhantu sangat nombor 23 ni. nombor apa-apa pun sama je. as long as kita fikir atau mengharapkan yang kita akan lihat nombor tu.

So, tak ada conclusion hari ni. fikir lah sendiri. Lepas ni nak fikir pasal research je dengan harapan diri akan lebih bermotivasi dan mampu memotivasikan orang lain.

sumber : why is no.23 so special neurology:23 enigma illuminati code weird facts about the 23 the cosmic secrets of 23



>>Nak suka boleh, tapi jangan percaya la.

Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget