Thursday, October 4, 2012

Don't trust me coz I'm not going to trust u either..

Sikap manusia ni pelik. lagi pelik kalau ada manusia pelik. nampak kelemahan orang lain, tapi tidak pada diri sendiri. memang, nenek pun ada banyak kelemahan. orang ada kata "rate yourself first before rating others".. nenek taknak 'ukur' orang lain, nak 'ukur' nenek,, silakan. kadang-kadang mulut ni memang ada tersasul, tersasul pada benda2 yang tak berkenaan. masalah orang, akan jadi masalah sendiri. dan masalahnya diri nenek, sama macam masalah kebanyakkan orang negara ni. susah nak berterus terang. memang sikap kita, suka nak pendam. nanti lama-lama, mula la ada yang terasa.

Hidup dalam kongkongan manusia yang tak ada kena-mengena (dari segi pertalian darah waima kekasih) dengan diri kita pasti buat kita rasa rimas. macam nak invisible. hilang terus dari hidup manusia pengongkong. manusia yang mengongkong mungkin tak sedar dia ni mengongkong hidup orang lain. atau sebenarnya sedar, cuma buat-buat tak sedar. ingat la, terlampau baik dengan orang lain, kita akan di pijak. dan paling sadis, orang lain akan rasa menyampah dengan sikap 'terlampau baik' tu..

Orang lain akan fikir, "haiikkk, jadi baik pun salah? Itu pun nak menyampah?"

Yessssss! memang nenek tak suka. memang nenek menyampah. tolonglah jangan jadi terlampau baik yang melampau. baikmu ada agenda rahsia. jangan kongkong nenek. nenek tak suka. dan,,, tak semua benda yang nenek lakukan, nenek perlu dapatkan kebenaran darimu. tak semua benda kita perlu bersaing. dan tak perlu iri dengan nenek sebab nenek tak ada apa yang perlu di'iri hati'kan.

Cukuplah.. nenek dah letih.
Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget