Wednesday, October 24, 2012

semalam yang lalu, kami di uni..

Mengemas  folder yang bersepah dalam external hard disk.. Oh, sekarang waktu lab tapi tak buat keje lab. huhuu.. (tak rajin).. Sambil2 tu selak balik gambar lama-lama, terjumpa beberapa keping gambar dengan kawan-kawan masa degree dulu.



Masa ni kami first year degree. Hidup happy je. Petang-petang main futsal, handball, badminton, ping pong.. Kalau dah bosan sangat, kami main bola beracun. Heaven la sangat masa ni. Assignment pun tak banyak.


Gambar kat tangga HEP ni paling nenek sayang. Fikes nite, organized by our senior. Masa ni still happy-happy lagi. Tak banyak masalah. First year la katakan. Freshie lagi.. hehee

Bila masuk second year, semua dah start jadi tak normal. huhu.. Kelas banyak. Pagi petang. Kurang sikit masa nak balik kampung. Tapi masih enjoy lagi walaupun banyak assignment. Maklumlah, jusco tmn U dekat sangat. Tak elok la kalau kami tak pergi melawat ke Jusco nan sekangkang kera tu. kan kan?


oh, masa ni nenek kurus. Pernah kurus. hahaha!


Masa tu baru 2008.
Dah third year. Mula la kami busy. Bukan busy dengan final year project, tapi busy dengan lawatan. Asyik cancel kelas semata-mata nak gi lawatan bagai. huhuu.. sabo je la.. Pernah sekali tu, buat lawatan ke Putrajaya, kononnya nak dengar conference pasal tenaga nuklear, tapi sampai-sampai dah tengahari, kami terus gi lunch. Lepas lunch, lecturer suruh balik. huhuu.. Takde input berguna yang kami dapat kecuali 'posing2 ambil gambar je'.. ^^




Waktu ni terasa diri sangat senior. hehee.. Kenangan paling tak ley blah, masa bulan puasa semester akhir. Boleh plak kami bantai main mercun dan bunga api dalam kolej. Dah senior sangat la tu. Tengah seronok2 baling mercun bola, kami dengar orang jerit kat kami, 

"Oiiii! korang buat ape tu hah?!"


Dah tentu2 dengar bunyi mercun, mesti la kami tengah main mercun. Takkan main masak2 pulak.
Ape lagi, sebelum pengetua sampai, kami pun,,

"Cabuttt!!!"

heh..

Akhirnya, viva..



Penasihat akademik belanja makan sempena kejayaan kami setelah tamat viva.


Dah dekat nak habis final exam, bersungguh ambil gambar dekat tasik dengan gang2. Maklumlah, lepas ni masing2 dah nak grad.


>> ..dan kini, aku masih di uni, sendiri, mencipta kenangan aku sendiri. Hari ini akan dijadikan kenangan 'semalam yang lalu, aku di uni..'


No comments:

diari nenek

kawan nenek