Tuesday, October 30, 2012

S.E.R.I

Aku pandang kanan, aku pandang kiri,, kosong. aku berjalan setapak lagi, ku lihat sinar. jauh, berbalam-balam. jalan menuju ke sinar berliku-liku, agak mencabar. aku tak pasti samada aku mampu untuk berdiri di tengah-tengah sinaran megah itu. Ala cak pong cak pong!

-

Janganlah jadi orang yang pentingkan diri sendiri. cuma nak dengar apa yang kita nak dengar. cuma nak kata apa yang kita nak kata. cuma fikirkan apa yang kita nak fikir. cubalah sekali sekala berikan ruang dan peluang untuk orang lain pulak berkata-kata. dengarkan tutur mereka. fahami fikiran mereka. hanya tahu nak marah saja bila ada yang tak kena pun tak guna juga. tak kan ada masalah yang akan selesai kalau kita asyik nak marah. bukan tak boleh marah, tapi ada batasnya.
semua orang ada buat silap. silap kita sendiri mungkin kita tak sedar sebab terlalu asyik menghukum orang lain. lalu, apakah kesalahan kita ini, orang lain tiada hak untuk marah?
wajah yang tenang, aku selalu lihat wajah dia yang tenang. senyum selalu dan pandai mengambil hati. tapi dalam hatinya, terbuku keresahan, mungkin. kami rapat tapi kami jauh. dia bukanlah seseorang yang suka meluahkan apa yang di rasakan, jauh sekali menghukum orang yang telah menghukum dirinya. setiap kali ada yang 'marah', wajahnya tiada ekspresi. aku tak tahu samada dia turut marah, sedih, kecewa, atau dia mengakui kesalahannya. aku tak pandai membaca isi hati orang lain. kalau kau ingin luahkan isi hati kau, luahkan saja, aku sudi mendengar. jauh tak beerti kami tak peduli. jauh tak beerti akan dilupakan. jauh inilah yang akan lebih mengeratkan hubungan.

-

Minggu lepas, dengan semangat waja dan berkobar-kobar, nenek beli ubat mujarab untuk turunkan berat badan. belum lagi sempat mencuba keberkesanan produk tersebut, nenek dikejutkan dengan beberapa artikel mengenai produk tersebut yang dikongsikan melalui laman2 sosial. (wahh, ayat reporter sudah).. Apa lagi, disamping perasaan terkejut tersebut, nenek pun jadi sedikit was2 dengan kesahihan berita terbabit. sebelum membeli, nenek cuma baca testimoni pengguna2 produk saja. semuanya beri komen yang positif. berat badan turun dan macam2 lagi yang positive comments hendaknya. tapi lepas je baca artikel yang dikeluarkan dr kkm, nenek rasa baiklah nenek tidak meneruskan niat nenek yang berkobar-kobar tempoh hari. Nanti dibuatnya, mula-mula je berkobar, akhirnya malap. tak ke naye tu. tak pe lah, dah terbeli. rm90 melayang takpe, jangan nyawa melayang. nak kurus punya pasal, tak fikir panjang. ishk kamu ni..

-

>> mengidam steamboat & grill kat tebrau...
Post a Comment

diari nenek

kawan nenek

There was an error in this gadget